‘ASAL (FOREST HONEY)
Maksudnya : “..........................dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya yang menjadi penyembuh bagi manusia”- Surah Al-Nahl, ayat 68-69.
 


 

 

ZA’FRAN (CROCOS SATIVUS)
Stigma bunga Za’faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai  “King of Spices”. Dalam kitab Tib Al-Imam Ali , m.s 381, Saiyidina Ali (k.w.) menyatakan, Maksudnya : “Sesiapa yang mengambil sebahagian za’faran tulen dan su’dun satu bahagian  dicampurkan dengan ‘asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir.”

 
 

KARAPS (APIUM GRAVOLENS)
Dalan kitab Tib Al-Nabi , m.s 47, Nabi saw sendiri menyatakan kebaikan karaps untuk kecerdasan minda dengan sabda Baginda saw , maksudnya : “Makanlah oleh kamu karaps, kerana ianya menguatkan ingatan, karaps dari makanan Khidir (Nabi Allah Khidir a.s).”
 

 
 

QARANFUL (EUGENIA CAROPHYLLUS)
Dalam kitab “Tib Al-Imam Al-Sodiq ” m.s 381, Imam Ja’afar As-Sodiq (r.h.), pernah  menerangkan masalah kecerdasan minda kepada muridnya Abi Basir iaitu :

Maksudnya : “Berkata Abi Basir, aku bertanya kepada As-Sodiq (Imam Ja’afar As-Sodiq).  Bagaimanakah kami berupaya mengingati ilmu yang engkau sebarkan kepada kami ? Lalu Imam Ja’afar As-Sodiq berkata, Ambillah seberat 10 dirham (lebih kurang 10 sudu) qaranful, begitu juga kundur zikri (lubban) serta ditumbuk halus keduanya, lalu diletakkan di atas lidah (dihisap) pada setiap hari.”

 
 

ADAS (ORGANIC LENTHILS)
Adas disebut dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 61. Dalam kitab “ "Tibbul Aimmah" m.s. 389 menyebutkan :
Maksudnya : "Terdapat berita menyatakan bahawa perkara yang menguatkan  ingatan ialah memakan daging di kawasan tengkok binatang (halal), makan yang manis-manis (seperti madu), makan adas, makan roti dan membaca ayat al-kursi."

 
 

KHARDAL (BRASSICA JUNCEA)
Dalam kitab “Tibbul Al-Immah” m.s 388 dan kitab”Tib Al-Imam Ridho “m.s. 121, menyebutkan riwayat Imam Ali Al-Ridho (Ulamak Perubatan Islam), Maksudnya : “Sesiapa yang ingin mengatasi masalah lupa dan menguatkan ingatan maka hendaklah dia makan tiga potong zanjabil yang  dicampur dengan madu dan juga khardal (sejenis bijirin) bersama dengan makanan pada setiap hari.”

 
 

NA’NA (MENTHA LONGIFOLIA)
Dr. Riyad Muhammad (Ulamak Perubatan Islam moden) dari Mesir menyatakan rahsia pemakanan untuk kecemerlangan minda. Maksudnya : “Digoreng (dikeringkan) na’na serta dihaluskan kemudian dicampur dengan madu, selepas itu dimasukkan tujuh titik minyak habbatus sauda’  diminum suam-suam serta dibaca ayat al-Ruqayyah sebanyak 7 kali, ayat Syifa serta surah Yassin.”

 
 

ZABIB (RAISIN)
Dalam kitab"Tib Al-Nabawi "oleh Ibnu Qayyim al-Juzi, m.s. 241, menyebutkan bahawa : Maksudnya : “Imam Al-Zuhri berkata : Sesiapa yang ingin menghafal hadis, maka dia hendaklah makan zabib (kismis).”

 
    LUBBAN (GETAH POKOK)
Dalam kitab “Tib Al-Nabawi ” m.s. 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas (r.h) Anas (r.a.) Dan Saiyidina Ali (k.w.) : Maksudnya : “Diriwayatkan dari Saiyidina Ali (k.w) bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki  yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali (k.w.) Menyuruh ia  menggunakan lubban, kerana lubban dapat menguatkan hati serta menghilangkan kelupaan.”
 

 


 
 
  HABBATUS SAUDA’ (NIGELLA SATIVA)
Sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda s.a.w bersabda, maksudnya : "Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati.” (Lihat kitab"Tib Al-Nabawi” m.s. 273, kitab"Tib Al-Nabawi" m.s. 110, kitab"Tib Al-Imam AsSodiq "m.s 194)
 
  HINDIBA’ (CICHORIUM INTYBUS)
Berkata Ibnu Sina : Hindiba’ dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan dan di dalam urat saraf , Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit peputihan di mana (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan, dapat melegakan kahak, serta memperbaiki urus-usus di perut. Hindiba’ merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. Lihat: Kitab" Al-Qanun fi Al-Tib" Ibnu Sina, oleh Said Al-Lahham, m.s 550.
 
  BABUNAJ (MATRICARIA CHAMOMILLA)
Khasiat bunga Babunaj ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, menghilangkan kepanasan badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang. (Lihat kitab “Al Qanun fI Al-Tib ” Ibnu Sina, Jilid 1, m.s 473-474, kitab karangan Ibnu Al-Baithor, m.s. 89-90, kitab karangan Daud Al-Intoqi, m.s. 60).
 
  ZANJABIL (ZINGIBER OFFICINALE)
Zanjabil terdapat dalam Al-Quran, surah Al-Insan ayat 17. Maksudnya : “.....mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman campurannya zanjabil.”
 
  HULBAH (TRIGONELLA FEONUM GRAECUM)
Hulbah dapat mengubati masalah kerongkong, kahak, sakit dada, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik), buah pinggang dan keracunan badan (toksin). (Lihat kitab “Al-Qanun fi Al-Tib” Ibnu Sina, m.s. 597-598, kitab “Tib Al-Nabawi ” m.s 276, kitab karangan Daud Al-Intoqi oleh Muhsin Aqil, m.s. 162-163).
 

 

 
 


Hakcipta © 2008 : Perniagaan Qurba Sdn. Bhd.