 |

|
 |

|
|
Harga: |
Semananjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Brunei/Singapura |
RM
RM
$ |
90.00
95.00
42.00 |
|
|
|
|
Rahsia
orang Arab mampu makan kambing seekor hanya untuk dua tiga
orang sahaja tanpa risau terkena penyakit- penyakit
berbahaya.
KHAL TAMAR PLUS merupakan penyembuh penyakit digeruni
seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, kolestrol, dan
obesiti (kegemukan). |
|
|
|
Bersabda
Rasulullah S.A.W.,
” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL. Ya Allah
berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL adalah makanan
nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan
terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis Muslim 2052, Ibnu
Majah 3318) |
 |
|
 |
|
|
PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KRONIK YANG DIGERUNI ZAMAN INI,
DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL, OBESITI, JANTUNG,
DLL.
Segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas
junjungan Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya
serta orang yang mengikuti mereka dengan baik sampai ke hari
kiamat.
Risalah ringkas KHAL TAMAR Plus ini adalah satu penyelidikan
dari Khazanah Tamadun Perubatan Islam dalam Kitab-kitab
perubatan Islam serta pengalaman penulis selama dua puluh
tahun berhadapan bersama pesakit yang datang dengan pelbagai
masalah penyakit dan kesihatan.
APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan
daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur,
dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa
tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya
menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya
menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
KHAL yang dihasil dan dipasarkan oleh Perniagaan Qurba Sdn.
Bhd. (PQSB) ini dibuat daripada buah tamar (kurma) menurut
kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam
kitab-kitab perubatan mereka. KHAL ini adalah satu bentuk
minuman kesihatan badan, dicampur dengan madu lebah dari
negara Islam Iran, dimakan bersama herba-herba penting bagi
mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.
SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL |
|
 |
|
Maksudnya :
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin
Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan
tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu
mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun
melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda
pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan
oleh Muslim 2052)
Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw
mengulangi sebanyak dua kali perkataan
(
نعم الاءدام الحل
) Maksudnya (”Sebaik-baik
hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam,
ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan
sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan
dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.
|
|
 |
|
Terjemahannya : Dalam Sunan Ibnu Majah, daripada Ummu Said (r.d)
dari Nabi saw, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL, Ya
Allah berkatilah pada KHAL, sesungguhnya KHAL itu adalah
makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan
terputus KHAL dalam suatu rumah.” (Hadis dikeluarkan oleh
Ibnu Majah, 3318) |
|
PERHATIAN!
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah
saw dalam hadis di atas
Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw
memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum
KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh
Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga
terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang
diciptakan oleh Allah SWT.
Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan
Baginda saw “
” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi
terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari
Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak
dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw
lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah
nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam
demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam
hadis ini tentang sabda Baginda saw
maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini
dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah,
sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut.
Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan
suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah saw kerana
Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu
yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah dalam Al-Quran
surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud “Dan tidaklah Muhammad
itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu
(Allah) yang diwahyukan,” Allah Maha Mengetahui kehendak
tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi saw untuk
hambaNya.
SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN
ISLAM SILAM.
Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah) "
نعم الأدام الخل يكس المر ويحيي القلب
"
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana
dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.”
Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) "
طب الأمأم علي
" oleh Muhsin Aqil,
Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 -
325.
KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU
IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI
AL-TIB (
القانون فئ الطب
) TAHQIQ DAN TA’LIQ
OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN
1414H, MUKA SURAT 908 - 909.
Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan
di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah
pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk
yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari,
mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol),
menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan
badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata,
telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”.
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina,
(
صيدلية ابن سنا
) , Syarah dan Tak’lik
oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H,
muka surat 725 - 727)
KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU
QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751 H) DALAM KITAB BELIAU
AL-TIB AL-NABAWI (
طب النبوى
) DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233.
|
|

|
|
Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah
gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari
lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya
ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang
boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu
ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam
perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi
masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut),
menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan
masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan
yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul
dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang
kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun).
KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu
mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin
seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena
dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak,
memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan
oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam
berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit
berbahaya.
KHAL DAN PENJAGAAN BADAN (SLIMMING) SECARA SEMULAJADI
KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di
dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di
saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi
buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa
pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
KHAL juga membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat
badan (obesiti). KHAL mencepatkan proses awet muda, badan
yang cantik (slimming), keremajaan kulit di muka,
melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. KHAL
juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang
kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan
bintik-bintik hitam di kulit.
RAHSIA KELEBIHAN KHAL, SATU PENGALAMAN YANG MENGKAGUMKAN
MELIHAT “ORANG ARAB DAPAT MAKAN KAMBING SEEKOR HANYA UNTUK
DUA TIGA ORANG SAHAJA”
Penulis mendapat rahsia kenapa orang-orang Arab dapat
memakan kambing seekor hanya untuk dua tiga orang sahaja dan
memakan ayam seekor seorang. Keadaan ini menjadi kebiasaan
harian bagi orang Arab. Pengalaman aneh ini dilihat sendiri
oleh penulis semasa belajar di Universiti Al-Azhar pada
tahun 1983 dan menemui rahsia cara membuat KHAL serta herba
yang diperlukan bagi mengelak kesn buruk dari makanan yang
berlebihan seperti yang dinyatakan dalam risalah ini.
KENAPA KHAL DARIPADA BUAH TAMAR (KURMA)?
PQSB memilih buah tamar untuk dibuat KHAL kerana khasiat
kurma yang terlalu banyak untuk kesihatan badan. Di antara
hadis Nabi saw ialah: |
|

|
Terjemahannya: Terdapat di
dalam hadis As-Shahih dari Nabi saw, “Sesiapa yang makan
tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu
lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa,
racun dan sihir pada hari itu”. (Dikeluarkan oleh Imam
Bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)
Kebaikan buah tamar disebut sebagai makanan yang dapat
mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu,
lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan
mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria),
masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat
baik.
KHAL DAN MADU
Produk KHAL keluaran PQSB ini dicampur dengan madu asli dari
negara Islam Iran kerana menurut kitab-kitab perubatan Islam
ianya dapat mencepatkan tindakbalas kesihatan badan serta
penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah ubat
yang turun bersama wahyu. (Lihat surah Al-Nahl, ayat 65 -
69)
KHASIAT DAN KELEBIHAN KHAL
KHAL dapat menyembuhkan penyakit yang digeruni dewasa ini
seperti kencing manis, darah tinggi, membuang kolesterol,
lemak di jantung dan usus, mencegah obesiti,dan penjagaan
kecantikan badan (slimming) secara semula jadi. KHAL dapat
mencegah masalah asid berlebihan, masalah gout, buasir,
masalah usus, sembelit, membuang toksik, menstabilkan
kepanasan badan, migrain serta penjagaan kulit.
KETERANGAN KANDUNGAN
KHAL TAMAR PLUS yang dihasilkan PQSB terdiri dari:
1. Satu botol KHAL (1 liter) yang sudah dicampur dengan madu
asli dari negara Islam Iran.
2. Satu bekas herba-herba pilihan dari Khazanah Perubatan
Islam.
3. Untuk diminum selama satu bulan. |
| |
Hakcipta © 2008 : Perniagaan Qurba Sdn.
Bhd.
|
|
|