Senarai Produk >>>



 

 

 

 


 

Harga:

Semananjung Malaysia
Sabah/Sarawak
Brunei/Singapura

RM
RM
$

45.00
47.00
24.00

       

Satu-satunya makanan kesihatan berasaskan 20 herba pilihan Khazanah Perubatan Islam khusus untuk membuang toksik dalam badan serta memulihkan fungsi kesemua organ badan. Kesemua herba ini mempunyai dalil dan pendapat yang cukup hebat dalam Khazanah Perubatan Islam. Antaranya:
 

 
a

“ Bersabda Rasulullah S.A.W., Makanlah oleh kamu hindiba’ dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba’ itu melainkan mengandungi air dari syurga”.

     

“ Hendaklah kamu memakan hindiba’ kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka.”
(mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda).

 

  a  
 


Segala pujian bagi Allah, solawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda dan sahabat setia baginda.

Kami PERNIAGAAN QURBA SDN. BHD. adalah syarikat yang pertama di Malaysia berusaha membuat kajian dan penyelidikan terhadap Kitab-Kitab Ulamak Perubatan Islam. Kami berusaha mendapatkan herba-herba berkhasiat khususnya herba yang mempunyai dalil-dalil atau nas sama ada dari Al-Quran, Hadis Nabi saw dan amalan yang diteruskan dari satu generasi ke satu generasi hingga ke hari ini. Semoga dengan usaha ini, kita sama-sama dapat mengembalikan kegemilangan perubatan Islam yang terkenal pada masa dahulu. Pihak kami juga dapat memartabatkan kembali Khazanah Perubatan Islam kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dan umat Islam lain umumnya.

PERNIAGAAN QURBA SDN. BHD. telah melangkah setapak lagi ke hadapan dengan terhasilnya satu produk baru “LI KHAMSATUN”  
لي خمسة iaitu bagaimana cara menggunakan madu lebah untuk perubatan dan apakah herba-herba yang baik untuk dicampur bersamanya supaya lebih berkhasiat menurut kaedah yang dicadangkan oleh Ulamak Perubatan Islam dalam kitab-kitab mereka.

LI KHAMSATUN terdiri daripada madu lebah dan dua puluh (1 + 20) herba berkhasiat. Kesemua gabungan ini mempunyai dalil-dalil atau nas sama ada dari Al-Quran, Hadis Nabi saw dan pendapat Ulamak Perubatan Islam. Inilah satu gabungan yang sangat kuat dengan dalil-dalil atau nas yang Insya-Allah dapat menyembuhkan penyakit manusia. Dalam risalah yang kecil dan terhad ini, kami hanya terangkan secara ringkas khasiat 5 daripada 20 herba dalam gabungan produk LI KHAMSATUN.


1. HINDIBA’ (
هندباء  ) - CICHORIUM INTYBUS
Pokok Hindiba’ sangat terkenal sebagai herba yang sangat baik untuk kesihatan sejak zaman Yunani, zaman Pliny (A.D 23 - 79) Zaman Napoleon, Greek, Rom dan Mesir Purba (kerajaan Firaun). Setelah kedatangan Nabi Muhammad saw., Hindiba’ menjadi semakin terkenal kerana Baginda sendiri banyak meriwayatkan tentang hindiba’. Ulamak Perubatan Islam menyebut bahawa Hindiba’ dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit manusia dan ianya sesuai dimakan bersama madu lebah.

Dalil-dalil kebaikan hindiba’
Terlalu banyak dalil kebaikan hindiba’ di antaranya Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
 

 

 

 

Maksudnya: Bersabda Rasulullah saw “Makanlah oleh kamu hindiba’ dengan cara kesemuanya bahagian pokok tersebut, sesungguhnya tidaklah sehelai daripada daun hindiba’ itu melainkan air dari syurga.

Lihat: kitab (
طب النبوى ) Ibnu Qayyim Al-Juziah, oleh Syuib Al-Arnaout, m.s 368. Kitab ( ) oleh Muhsin Aqil, m.s 20 Kitab   ( طب الألمة ) oleh Al-Sayyid Abdullah Syubbir, m.s 244.

Saidina Ali bin Abi Talib (kw) juga ada meriwayatkan tentang kebaikan hindiba’ yang maksudnya sama dengan apa yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad saw.

Lihat: Kitab (
طب الأمأمعلي ), oleh Muhsin Aqil, m.s 100, kitab ( طب الألمة ) m.s 245

Kenyataan kebaikan hindiba’ oleh Ulamak Perubatan Islam yang terkenal di zaman silam iaitu Imam Ja’aar As-Sodiq r.h (83 - 148H) beliau mengatakan:
 

عليك بالهندباء فانه يزيدفي الماء ويحسن الو جه

Maksudnya: “Hendaklah kamu memakan hindiba’ kerana ianya dapat menyuburkan air mani dan mencantikkan muka” (mencantikkan muka dapat dimaksudkan sebagai awet muda).
Lihat kitab (
طب الأمام الصادق ), oleh Muhsin Aqil, m.s 125. Kitab ( طب الامام الرضا ), oleh Muhsin Aqil, m.s 312, Kitab ( طب الألمة ) m.s 245.
Khasiat hindiba’ menurut Ibnu Sina (370 - 428 H), seorang Ulamak Perubatan Islam terkenal sejak dahulu sampai ke hari ini, beliau mengatakan:
 

Terjemahannya: Berkata Ibnu Sina: Hindiba’ dapat membuka segala yang tersumbat di saluran makan (di usus) dan di dalam urat saraf. Mengubati penyakit mata, menghapuskan penyakit mata, menghapuskan penyakit peputihan di mata (selaput mata) dan menstabilkan denyutan jantung. Bermanfaat untuk penyakit kerongkongan, (kerongkongan, kemerahan kerongkong) dapat melegakan kahak, gelema serta memperbaiki usus-usus di perut. Hindiba’ merupakan penawar yang terpilih untuk mengatasi segala masalah kelemahan di perut. Lihat Lihat:Kitab ( القانونفي ألطب ) Ibnu Sina, oleh Said Al-Lahham, m.s 550.

Khasiat Hindiba’ menurut Ulamak Perubatan Islam terkenal, IbnuQayyim Al-Juziyah (691 - 751H), dalam kitabnya (
طب النبوى ) m.s 368, beliau mengatakan: Maksudnya, “Apabila dimakan maka Hindiba’ boleh melegakan luka-luka dalam perut, bermanfaat untuk segala yang tersekat di perut, penyakit kepanasan mata (masalah penyakit mata), menguatkan perut, membuka segala yang tersumbat di hati, bermanfaat untuk penyakit kepanasan dan kesejukan badan, membuka segala yang tersumbat di limpa, di urat-urat saraf, di saluran makanan (perut), membersihkan buah pinggang, membersihkan segala penyakit di dada, membersih (menghilangkan) kepanasan darah, penyakit kencing serta hindiba’ mempunyai kekuatan menghapuskan segala masalah keracunan badan (toksin).

2. HABBATUS SAUDA’ (
حبة السوداء ) - NIGELIA SATIVA
Habbatus Sauda’ adalah jenis bijirin herba yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di antaranya sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda bersabda :
 

Maksudnya: Daripada hadis Abi Salamah (r.d), bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda’ ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit melainkan mati”.

Lihat: Kitab (
طب النبوى ), m.s 273. Kitab ( ), m.s 110. Kitab ( طبالأمام الطادق ) m.s 194.

Khasiat Habbatus Sauda’

Ibnu Sina dalam Kitabnya Al-Qanun Fi Al-Tib (
القانون في الطب ) m.s 856, mengatakan bahawa: Habbatus Sauda’ dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin).
Begitu juga dengan pendapat Ulamak Perubatan Islam yang lain seperti Ibnu Al-Baithor dalam kitabnya Jamiah    (
جامعة ), Daud Al-Intoqi dalam Kitab Tazkirah (تذكرة ) dan lain-lain.

3. BABUNAJ ( ) - MATRICARIA CHAMOMILLA

Sejak zaman dahulu hingga kini masyarakat Arab dan Farsi menganggap pokok babunaj sebagai pokok herba yang sangat istimewa untuk mereka. Bunga Babunaj yang berwarna putih kekuningan sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai-bagai penyakit.

Di antara khasiat bunga Babunaj seperti mana yang disebut dalam kitab-kitab Perubatan Islam ialah dapat melawaskan kencing, mengubati kesakitan ketika haid, mengubati usus kecil dan besar, sistem penghadaman, gastrik, buang angin di badan, menghilangkan kepanasan di badan, sakit kepala, sakit-sakit sendi serta dapat memberi semangat dan tenaga kepada seseorang. Sila lihat: Kitab (
القنونفى الطب ) Ibnu Sina, Jilid 1, m.s 473 - 474, Kitab (صيدلية العطار ) Ibnu Al-Baithor, m.s 89 - 90, kitab ( صيدلية الاعشاب ) Daud Al-Intoqi, m.s. 60 dan lain-lain kitab perubatan Islam.

4. HULBAH (
حلبة ) - TRIGONELLA FEONUM GRAECUM

Hulbah adalah sejenis bijirin herba yang digunakan secara meluas dalam perubatan Islam sejak zaman dahulu kala lagi. Terdapat banyak riwayat tentang kebaikan hulbah sama ada dari Nabi SAW sendiri dan ulamak perubatan Islam, di antaranya:
 

ويذكر عن القاسم بن عبد الرحمن انه قال : قال رسول الله أستشفوا بالحلبة

Maksudnya: Disebut daripada Al-Qasim bin Abdul Rahman, dia berkata: telah bersabda Rasulullah (SAW), “Berubatlah kamu dengan Hulbah”.
Lihat Kitab (
طب النبوى ) m.s. 276, Kitab ( ) m.s. 53.

Kebaikan hulbah menurut Ulamak Perubatan Islam, di antaranya ialah:
 

لو علم الناس منالعها لآ شتروها بوزنها ذهبا

Terjemahannya: “Seandainya manusia mengetahui manfaatnya hulbah, tentulah mereka akan membelinya dengan emas yang sama timbangannya”.

Khasiat Hulbah

Dalam kitab-kitab perubatan dinyatakan bahawa hulbah mengubati masalah kerongkong, kahak, sakit dada, lelah, melegakan pernafasan, menambahkan air mani, masalah usus, angin (gastrik) jantung, buah pinggang dan keracunan badan (toksin).

Lihat: Kitab (
القانون في الطب ) Ibnu Sina, m.s. 597 - 598. Kitab ( طب النبوى ) m.s 276 Kitab
(
صيدلية الا عشاب ) Daud Al-Intoqi oleh Muhsin Aqil, m.s 162 - 163. Kitab ( صيدلية العطار ) Ibnu Al-Baithor oleh Muhsin Aqil, m.s. 191 - 912.

5. ZANJABIL (
زنجبيل ) - ZINGIBER OFFICINALE

Sudah menjadi amalan kebiasaan orang-orang Arab sejak zaman dahulu sehingga sekarang, mereka memasukkan zanjabil dalam minuman harian, teh, kopi susu dan madu kerana khasiatnya yang sangat banyak menurut perubatan Islam.


Zanjabil adalah salah satu herba yang disebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Insan (
الأنسان ) ayat 17 (Demi menjaga kesucian Al-Quran ayat tidak ditulis). Maksudnya “Mereka dalam syurga itu diberi sejenis minuman yang dicampurnya dari zanjabil”.

Khasiat Zanjabil

Menurut kitab-kitab perubatan Islam, Zanjabil dapat mengatasi masalah kelemahan kesihatan seperti sakit dada, jantung, lelah, lemah paru-paru, angin dalam badan, mengubati darah, penghadaman, usus serta membuang keracunan badan. Lihat: Kitab (
القانون في الطب ) Ibnu Sina m.s 558 - 559, Kitab ( طب النبوى  ) m.s 293, Kitab ( صيدلية العطار ) m.s 293 - 294 Kitab ( صيدلية الا عشاب  ) m.s 253.

MADU LEBAH   
عسل / FOREST HONEY
Madu lebah merupakan salah satu perubatan menurut wahyu disebut dalam Al-Quran dan Hadis Nabi saw. Terdapat satu surah khas dalam Al-Quran tentang lebah iaitu Surah Al-Nahl pada ayat 68 - 69 (demi menjaga kesucian Al-Quran, ayat tidak ditulis)

Maksudnya, "..............................dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit bagi manusia”. Ulamak perubatan Islam telah sepakat, mengatakan madu lebah sangat baik untuk kesihatan manusia, dapat menyembuhkan berbagai-bagai penyakit, begitu juga ia diperakui oleh seluruh ahli perubatan barat dan timur.

Kami memilih madu dari Republik Islam Iran kerana khasiatnya yang banyak disebabkan lebah di sana menghisap madu di pokok-pokok kurma, tin, zaitun, delima dan sebagainya yang mana kesemua buah-buahan ini disebut dalam Al-Quran dan Kitab-kitab perubatan Islam tentang khasiatnya yang banyak.

KHASIAT LI KHAMSATUN

Khasiat LI KHAMSATUN untuk kesihatan manusia terlalu banyak kerana ianya menggunakan madu lebah yang mana madu sendiri disepakati oleh Ulamak Perubatan Islam serta ahli perubatan barat dan timur dapat menyembuhkan berbagai penyakit manusia. Tambahan pula dalam LI KHAMSATUN ini terdapat dua puluh herba pilihan yang dinyatakan dalam kitab-kitab Perubatan Islam tentang khasiatnya yang sangat banyak. Di antara khasiat yang disebut di dalam kitab-kitab ialah mengubati masalah jantung, buah pinggang, paru-paru, masalah usus, sistem penghadaman, gastrik, angin dalam badan, menstabilkan darah, darah tinggi, menstabilkan suhu badan, sakit dada, kencing manis, masalah keletihan, nafsu makan, memberi tenaga kelamin, sakit-sakit sendi, urat saraf, masalah limpa, hempedu, awet muda, membuang keracunan badan (toksin), mengelak daripada terjadinya barah dan sebagainya untuk kesihatan manusia. Dapat dikatakan bahawa LI KHAMSATUN adalah perubatan semulajadi menggunakan sumber alam ciptaan Allah secara terus, tidak ada bahan kimia, perasa, pengawet, pewarna yang boleh membawa kesan sampingan yang buruk.

RUJUKAN KITAB-KITAB PERUBATAN ISLAM
 


 

CARA MENYEDIAKAN


Campurkan kesemua serbuk herba ke dalam bekas madu digaul hingga sebati. Setelah dicampur, kaedah ini dapat bertahan sehingga 2 bulan. (Anda boleh campurkan sedikit demi sedikit dengan kadar 1 sudu madu (10gm) bersamaan dengan 1/4 sudu teh serbuk herba (1gm). Kaedah ini lebih tahan sehingga 1 tahun. Dimakan 1 sudu (10gm) 1 - 2 kali sehari (pagi dan malam).

 

 
 


Hakcipta © 2008 : Perniagaan Qurba Sdn. Bhd.