KATA-KATA ALUAN PENGARAH URUSAN
 

 

Segala pujian bagi Allah S.W.T. Tuhan sekelian alam, solawat serta salam ke atas junjungan agung Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya serta sahabat-sahabatnya.

Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmatnya, Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. dapat bergerak serta berkembang maju dari semasa ke semasa serta semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kaum muslimin khususnya di Malaysia.

Produk-produk makanan kesihatan dari Perniagaan Qurba Sdn. Bhd. adalah berteraskan kepada Khazanah Perubatan Islam. Ia mempunyai identiti yang tersendiri. Produk yang dikeluarkan ini telah melalui kajian berdasarkan kitab-kitab Ulamak Perubatan Islam yang digabungkan dengan Nas dari Al-Quran, dalil dari hadis serta pendapat ulamak perubatan Islam. Kebanyakan daripada produk yang dikeluarkan adalah daripada gabungan herba yang pernah diamalkan sejak zaman sebelum nabi Muhammad S.A.W. lagi hinggalah ke hari ini. Kesemua herba ini terbukti sangat baik untuk kesihatan manusia sehingga kita dapati perubatan Islam berkembang maju di awal abad kedua dan ketiga hinggalah pihak barat turut mengambil peluang dari kehebatan perubatan ini.

Kepada semua warga Perniagaan Qurba, saya berharap kita dapat mengembalikan semula kegemilangan Khazanah Perubatan Islam kerana setiap dari herba yang mempunyai nas serta keterangan kebaikannya dan bukanlah hanya sekadar berkhasiat untuk penyembuhan fizikal sahaja tetapi juga mempunyai rahsia penyembuhan rohani.

Besar harapan kita agar Khazanah Perubatan Islam ini mendapat tempat di hati masyarakat Islam khususnya di Malaysia agar umat Islam di negara kita mendapat suatu kehidupan yang sempurna untuk tujuan sebenar di dunia dan akhirat.

InsyaAllah kita dirahmati Allah atas usaha kita ini. Sekian.

Ikhlas,

Ustaz Haji Abdul Jamil bin Haji Ahmad
Pengarah Urusan
Perniagaan Qurba Sdn. Bhd.
 

 

 


Hakcipta 2008 : Perniagaan Qurba Sdn. Bhd.